Sunday, December 15, 2013

Of medikal, arab, exercise dan programming.

Bulan 12 datang lagi, Akhirnya tahun ni tiada exam besar musim winter. Sekarang tengah dalam rotation psychiatry, akan disambung semula selepas cuti winter.


Setiap tahun aku bercakap pasal halatuju, gol, objektif yang nak dicapai. Antara gol tersebut ada yang tercapai dan tidak kurang banyak yang tak dicapai.


Sekarang aku di tahun keempat perubatan, lambat setahun berbanding kebiasaan. Dah dapat rentak untuk melarutkan diri dengan medik. Jumpa patients. Aku suka jumpa strangers dan berbual2 pendek. A nice thing to do.


Dulu aku pernah ceritakan mengenai stronglifts, antara kaedah exercise yang boleh tahan berkesan. Tapi dek kerana exam, selalunya aku x dapat ikut secara konsisten. Alhamdulillah tahun ni ada masa, boleh sambung balik, tapi guna kaedah yang lebih bersesuaian dengan kehidupan medik yang sibuk.


Antara gol aku yang senantiasa tertangguh semenjak 4-5 tahun lepas adalah untuk ulangkaji bahasa Arab. Alhamdulillah, kali ni berkesempatan untuk ulangkaji balik semua dengan brother nouman ali. Malah ada benda yang tak pernah belajar waktu sekolah dulu, baru sekarang tahu. Aku dapati belajar grammar arab berdasarkan grammar english adalah jauh lebih mudah difahami berbanding belajar dalam bahasa melayu. Ada satu projek yang bermain di kepala aku mengenai bahasa Arab, dan moga2 dapat laksanaknnya sebelum masuk tahun akhir.


Programming. Satu subjek yang juga aku tengah cuba pelajari. Dengan video lectures free dari stanford youtube. Aku harap dapat belajar Java dan any other languages, seterusnya dapat buat apps. Ada beberapa apps yang nak guna, tapi belum orang buat. Tak tahulah bila baru aku ada skills programming tapi harapnya sebelum habis medik.


Ada banyak benda yang bermain dalam kepala. Aku risau aku bipolar. Kadang2 high dan kadang2 low mood. Tapi high@elation aku tidak sebanding dengan ciri2 orang bipolar, jadi aku rule out kemungkinan untuk aku ada bipolar. Mungkin cyclothymia. Hmm. Kalau aku ada bipolar pun, harapnya 90% manic dan 10% low which is unlikely. Aku suka dalam keadaan manic macam ni, banyak benda dapat buat.


Ok, masa untuk tido. Supaya aku tak penuhi salah satu ciri mania.


See, rationalisation.


Flight of ideas.


Ooookay

Really need to go to sleep






Ilalliqa' salam alaikum >>> I have read my goals for today

No comments: