Moment of my life. Kehidupan sebagai seorang pelajar medik yang sentiasa struggle dalam memahami hakikat matlamat kehidupannya sebagai seorang pelajar dan seorang muslim. Currently berada di bumi Dublin. Dulu dirasakan add maths dan aku sejajar, kami bahagia bersama susah senang. Kini, insyaAllah, Islam cara hidupku, Medik sebahagian besar dari hidupku. InsyaAllah
Tuesday, March 13, 2012
Mencari sistem yang menjaga masa
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”
Perlu fokus, habiskan silibus sebelum exam, terus menerus. Masa yang ada perlu untuk usrah, untuk hafal quran, hadis, untuk baca buku2 kewajipan muslim, tarbiyah badaniyyah yang tertinggal lama sudah.
Masa, masa....selalu bercakap mengenainya, tapi kadang-kala hilang juga ia begitu sahaja.
Ilalliqa' salam alaikum >>> I have read my goals for today
Tuesday, February 21, 2012
Masa untuk membuat keputusan
Memikirkan keputusan ini haruskah dibuat demi menjaga ibu bapa, ataupun perlu membuat satu keputusan lain demi masyarakat sekitar. kedua-duanya mempunyai asbab untuk kepentingan agama jua.
InsyaAllah, selepas 3 hari ni, dan plan perancangan hidup first step akan dilaksanakan. semoga semuanya berjalan dengan baik, untuk kini dan masa depan. jika benarnya niat ini adalah untuk menjaga Islam dalam diri dan keluarga, maka lancarlah ia, jika tidak maka sebaliknyalah yang akan terjadi.
memohon kepada Ilahi untuk diberi petunjuk sepanjang perjalanan ni.
Thursday, February 16, 2012
Ummi syurga di bawah tapak kakimu
asking my mom,
"umi ado ko dok calon untuk oghe di kelate?"
a simple answer
"takdop la"
need to find one!
Wednesday, February 8, 2012
Kekok #1
Aku lemah,
Untuk melawan jahiliyyah dalam diri,
Maka aku berharap plan terancang yang dibuat akan membuahkan hasil.
Aku benci perkataan lemah,
Tapi aku terima kadang2 aku memang selemah-lemahnya
Dalam banyak perkara, aku boleh malukan diri, rendahkan ego,
Dan berkata, I'll just do it.
Namun ada juga satu dua decision yang tak mampu dibuat sebegitu.
Ego tak mampu ditundukkan.
Jahiliyyah yang melambatkan kemenangan.
Satu keputusan besar perlu dibuat bagi menemui solusi yang bertahun ku cari,
Tapi ego seorang lelaki,
Betullah suatu penghalang.
Tuesday, January 17, 2012
Yang sudah lama tidak dijaga
Bacalah Quran sebagaimana engkau membaca dahulu
Bacalah Quran dengan membayangkan gurumu berada di depan
Bacalah Quran untuk pedoman
Bacalah Quran untuk kebaikan
Bacalah dengan sebaik-baik bacaan
Bacalah dengan ikhlas
Sunday, January 8, 2012
Resolusi singkat
Tinggal seminggu cuti berbaki. Ingin membuat resolusi short term. Masih teringat goal yang dibuat setahun yang lalu, terasa bagaikan baru sahaja ditulis. Begitu juga tagline yang dibuat kat bawah ni untuk mengingatkan diri, "I have read my goals for today".
Resolusi itu ialah, dalam masa seminggu, ingin cuba khatamkan video bahasa arab madina dan video neuroanatomy. Dan kurangkan pembacaan benda lain yang mungkin memakan masa.
Dan kepada anda, kata2 ku dulu, insyaAllah masa akan memadamkan memori itu. Sungguh ia makin terpadam.
Friday, January 6, 2012
Bawah
Feeling down.
Sewaktu sembang dengan rakan, ada tersebut, kalaula skang aku pegi amik cikgu maths, kan bahagia, study xdelah teruk macam ni. hafal xdela banyak snagat macam ni. tapi masalahnya, aku ni x fit jadi cikgu, x berapa sesuai.
Jadi doktor ok. Tapi study untuk medic tu...aduh....
Jadi, disaat 'bawah' sekarang ni, memerlukan benda2 yang inspiring. Download movie. X pasti nak layan laskar pelangi, sang pemimpi ataupun 3 idiots.
Walaupun sekarang ni sebenarnya tengah cuti. Heheh.
Memerlukan semangat....semangat....
Teringat kisah seorang doktor yang susah payah untuk amik medic, walaupun umur dah tua. http://simonsim.wordpress.com/2011/12/01/malaysian-doctor/ . Aku iri hati, dengan beliau, dengan semangat beliau, dengan visinya yang jelas. Aku??? Sebetulnya cita2 mana yang jelas untuk aku?
Monday, December 12, 2011
Still love it
Almost lose faith with pharmacology.
After the exam, still love it!
I wonder how happy is a doctor who don't really practise healthy lifestyle. I mean, why on earth did they study medicine then?
I have read my goals for today
Friday, December 9, 2011
Saya senyum tatkala...mereka sembang lebat
Video ni dah jadi sangat popular. Propaganda.
Ilalliqa' salam alaikum>>>I have read my goals for today
Saya masih x faham kenapa ramai sangat orang terkejut besar dan sedih, apabila video ni dikeluarkan. Betul apa. Maksud saya, bukan betul apa yang diorang kata tapi betul kan situasi ni, dan sepatutnya kita dah sedar kat Malaysia dah lama ada orang2 macam ni bila melihatkan peristiwa2 bersejarah di Malaysia.
Bukanlah saya tak sensitif dengan keadaan ni. Tapi kalau tengok video ni dan berapa orang dislike dah tahu, betapa tahap mana IQ golongan2 ni. Dan dalam realitinya, di kedai2 kopi memang ada la golongan ni. Saya tersenyum lagi kerana video ni hanya dituju kpd golongan kedai kopi pakcik2 luar bandar yg selalu vote diorang tu. Tapi malangnya, penonton youtube ni terdiri daripada golongan lain. Pakcik kat kedai kopi tu mana nak tengok benda ni. lulz.
Baiklah bercakap pasal penonton yg serba gundah gulana menonton video ni.
Faham tak?
Kewujudan perasaan itu menjadi bermakna apabila kita berusaha selepasnya. Kerana emosi itu bertujuan untuk memeberitahu kita bahawa kita kena lakukan sesuatu. Terpulang kepada jenisnya. Contoh, tengah marah. Apa sebenarnya yg kita kena lakukan untuk hilangkan perasaan tu? Kenapa marah tu timbul? Sedih, apa yg menyebabkan kesedihan, dan apa sebenarnya signal yang badan kita nak bagi dengan emosi tersebut? Mungkin badan kita memberi signal untuk kita bergerak dan mencari solusi kepada permasalahan. Selagi kita menangisinya dan idak bergerak selagi itu, emosi itu berada di situ. Kerana signal tersebut tidak akan hilang selagi tujuan signal itu timbul kita tidak laksanakan.
Saya masih rasa it's not worth it untuk setakat marah, sedih, mencaci kat FB lepas tengok video ni. Lepas tu tak buat apa2 pon. Pastu cakap, aku tak mampu nak hunus pedang dekat korang ke apa, hanya doa supaya korang dipanah petir je aku mampu berikan. Ok, let's not be so radical here. Apa kata korang balik Malaysia vote je kepada yang sepatutnya. Kalau dah vote, ajak lah orang lain yang tak sedar2 pasal politik Islam untuk vote sama. Ye, ada orang yang Islam situ sini, tapi balik Malaysia tak nak vote, sebab itulah inilah. Saya tak kisah jika anda nak berlainan kumpulan pon, tapi faham tak konsep melengkapi. Jadi, join je la kumpulan anda tapi balik Malaysia vote lah!
Vote sape? Arghhhh. Parti Islam la.
Kenapalah budak2 oversea ni fikiran macam racist?! Sampaikan nak turunkan orang lama dan naikkan orang lain kat Malaysia pon tak terjadi atas sebab, "that's not our group". What group??? You're doing this for group???? Why U no logic? Kalau taknak guna logik akal, guna dalil. Tapi masalahnya bila orang debat guna dalil, cakap kasarlah, biarlah kita berbeza pendapat lah. Yes, I can accept perbezaan, but what's the solution to the whole thing? The bigger thing?
I dun get it!
Our society is going down, but with a new hope of the rise of this new enlightened generation. Tolonglah, don't be so immature when dealing with serious stuff.
Ilalliqa' salam alaikum>>>I have read my goals for today
Wednesday, December 7, 2011
Cramming
Bermaksud menghadap buku bermula seminggu sebelum exam, selama paling kurang 10 jam sehari.
Persekitaran diendahkan, yang penting........... nota..... mesti...... habis!
Bila pening lalat dek kerana berterusan menatap buku. Kadang2 kecuakan menjelma.
"TERUS, TERUS, HARI JUMAAT ADA VIVA.... TERUS...."
"EH JAP, HARI NI HARI RABU KE...................................................KHAMIS????!!!!!!!"
NOOOOOOOOOOOOOO!!!!
.
..
Dengan pantas cek hari dekat laptop tab.
"FIUH, MASIH LAGI RABU" :))))
Subscribe to:
Posts (Atom)