Monday, June 24, 2013

Sekolah dan Pakcik Mokhdar



Alhamdulillah sudah pulang ke rumah.


Terasa ingin membuat refleksi diri  yang kedua.


Aku pernah buat post mengenai kaedah mokhdar lama dulu. Sedikit ringkasan, hj mokhtar pernah datang ke sekolah aku, SMKAM sewaktu form 4. Waktu tu, aku memang peminat maths. Takdelah peminat tegar, cuma aku sukakan konsep formula. Mendengar ceramahnya dan tengok bagaimana dia punya 'ability' untuk selesaikan masalah maths dan hafal nombor yang banyak membuatkan aku terkesima. Dalam hati aku, "pergh, aku nak abiliti macam tu".


Ianya keinginan yang tiada kaitan sangat dengan akademik, kerana aku tidak nampak bagaimana teknik tersebut mampu membantu dalam add maths. Aku selesa dengan cara aku belajar waktu tu. Keinginan untuk mempelajari teknik mokhdar tidak lebih kerana aku merasa ianya suatu abiliti yang luar biasa, dan aku memang tertarik dengan power yang pelik2, mungkin kerana pengaruh komik kreko. Takde ability mata sharingan, abiliti nombor2 pun jadilah.


Dalam masa 3 hari aku hadamkan teknik tersebut. Jujurnya tekniknya agak mudah, sebagaimana yang diceritakan di dalam buku tu. Cuma penerangannya agak panjang berjela, kadang2 rasa give up untuk habiskan bacaan. Setelah habis, terus aku cuba praktikan. Antara asas teknik tersebut adalah menukar nombor kepada bunyian dan huruf abjad. Ianya agak mudah, tambahan pula sebagai orang kelantan, nombor2 tersebut sudahpun dipendekkan kepada bunyian mokhdar.Cuma, sayangnya tiada orang lain di sekolah yang berminat untuk belajar teknik tu. Jadi,. aku takde partner untuk praktis.



Jadi, antara cara untuk aku praktiskan teknik mokhdar adalah dengan menulis ayat2 rahsia dalam bentuk nombor. Sebagai seorang yang pemalu dan tidak suka menonjol, aku cuba luahkan juga perasaan dengan menulis di papan hitam kat sekolah. Adalah ayat jiwang monyet takleh blah yang aku penah tulis setelah balik kelas petang. Pergi merayau kelas orang dan membuat vandalisme kecil-kecilan. Jujurnya aku masih x faham kenapa aku buat benda tu, sebab bahasa tu hanya aku seorang je yang faham. Tapi, apakan daya, aku jenis minat kat orang tapi taknak bagitau, sebab aku rasa cinta monyet adalah benda yang poyo. Kalau nak bercinta, kena target kahwin la beb, baru gentleman.


Ok, jadi, begitulah pengalaman aku mempraktikkan kaedah ni. Sampai sekarang pun aku masih lagi mempraktikkannya dengan sedikit ubahsuai. Bila ada secret code, aku guna, bila nak smapaikan secret code kat orang pun aku still guna. hehe. Balik kepada penggunaaan kaedah ni dalam matematik. Aku sewaktu form 4 dan form 5 tak pernah guna teknik ni atas sebab sifir dan formula sudahpun aku hafal sebagaimana biasa. Jadi, tak nampaklah keperluan untuk ada teknik2 lagi.


Sekarang barulah masuk bab refleksi untuk hari ni. Aku rasa, teknik mokhdar memang sepatutnya membantu hafalan sifir. Setelah aku kaji balik bagaimana aku recall hafalan sifir, ianya terasa sedikit sama dengan cara recall eknik mokhdar. Aku tak pernah guna teknik ni untuk hafal sifir sewaktu sekolah rendah dulu. Memang hafal dengan cara sebut dan ulang banyak kali. Jadi hari ni, aku teliti balik bagaimana sebenarnya otak aku mencari informasi sifir yang sudah berada dalam hafalan long term. bila aku darab 12 dan 6, automatik aku tahu jawapannya start dengan 7, dan selalunya selepas 7 ialah 2, jadi, 72. Aku perasan aku menyebut 12 dan 6 dan 7 dalam kepala.  Terasa lidah automatik akan menyebut,wo lah, nam,  ja. Namun tidaklah sejelas itu. Dalam mokhdar, bunyi2 ini jelas.


Apa yang ingin aku tambah ialah, waktu dulu, ada satu teknik lain yang digunapakai yang aku sendiri tak sedar. Imaginasi. Even dalam sifir, ada unsur imaginasi yang digunapakai. Selain ada sedikit unsur teknik mokhdar, aku juga recall nombor2 tersebut dengan mengimaginasikan nombor2 tersebut. Nah, disinilah benda yang aku nak komen seterusnya.


Aku berminat dalam teknik memori. Alhamdulillah, aku kenal teknik mokhdar tak lama dahulu, ia mengajar aku mengenai menjadi sedikit kreatif. Ianya adalah salah satu asas dalam penggunaan memori, namun ianya bukanlah teknik yang paling efektif. Aku nampak ia berkesan untuk ajar budak2 hafal sifir, kerana ianya fun. Tapi disebabka ianya mementingkan unsur audio berbanding visual, maka ianya bukanlah teknik yg paling efektif dalam benda2 yang lebih besar berbanding sifir.


Teknik imaginasi association dan memory palace adalah lebih superior manakala teknik mokhdar adalah salah satu asas kepada 2 teknik ni. Kenapa aku kata superior? Ianya adalah kerana dalam pertandingan memori antarabangsa, teknik yang digunakan adalah teknik imaginasi. Dengan teknik ni, 500 nombor dihafal dalam masa 5 minit.


Kesimpulannya, ini adalah pandangan aku terhadap teknik mokhdar berdasarkan bacaan aku pada bukunya 8 tahun yang lepas. Jika tekniknya sekarang adalah lebih advance berbanding yang aku baca, maka mungkin pendapat ni sedikit lain. Atau mungkin aku silap faham memahaminya. Teknik mokhdar adalah salah satu konsep memori yang terlalu asas dan kurang efektif sebagaimana teknik memori yang digunapakai memori athlete hari ini, dan jujurnya aku tak nampak ianya sebagai teknik menguasai modern maths ataupun additional maths


Ah, aku ada buat sedikit research mengenai update teknik mokhdar. Jujurnya aku harus katakan en mokhtar silap dari segi menggunakan teknik ni. Teknik mokhdar adalah teknik memori, dan ianya juga adalah teknik memori yang tidak lengkap. Dan ia juga bukan teknik untuk mempelajari matematik. Dalam matematik, sifirnya hanyalah sedikit utk dihafal, dan tidak perlu menjadikan ia begitu kompleks. Namun, teknik mokhdar adalah asas teknik memori yang boleh dipelajari, sebagai permulaan, dengan hanya membaca bukunya.




Ilalliqa' salam alaikum >>> I have read my goals for today