Saturday, July 18, 2009

Keluar jadi birukah?X semestinya

Arghhh malas yang amat…malas nak tulis post baru….tapi ringankan jugak tulang jari ni utk menulis…ok la citer nak dibawa pasal benda yang da lepas….lebey kurang 2 minggu lepas….BTN…

Hmm seriously, saya da dapat tau la citer2 pasal BTN ni dari kengkawan…sumenye cakap BTN utk membirukan fikiran anda…hmmm ade yg sy stuju ade yg tak.

Seblom g kem btn tu, sy da set lam pikiran utk dengar je ape yg dyorang cakap. Jangan bantah, nanti x dapat fly…ok, sy rase, senang je nak berlakon kan. Tp bila fikir2 balik,pesal nak belakon saya bukannya penyokong pembangkang.

Ok,seblum sy masuk bab isi kandungan BTN, moleklah saya bercerita tentang masalah pertama yg saya bawak kat sana. Sebenarnya sy menganggap kem btn lebih kpd aktiviti yg memerlukan tenaga fizikal sb lam jadual dye cakap first 2 days ceramah n the rest LDK. So sy bawak la sehelai baju kemeja n bile kat sana barula ketahuan yg selama 5 hari sy akan menggunakan baju kemeja. Jd terpaksalah saya menggunakan kuasa semburan minyak wangi bagi membolehkan sy memakai baju yg sehelai itu utk 5 hari berturut2. Arhhh teruk gle.

Ceramah pada 2 hari pertama tu ok la. Pasal negara,rakyat,kerajaan dan kedaulatan. Saya ingat nak tido je tapi mata tetap cerah memanjang, so dengar la tiap2 satu yg dibagitau. Yg paling bez rasanya pasal kedaulatan, incik tu banyak menceritakan agenda yahudi cam JINSA, NED, dan agenda2 lain. Ade gak diceritakan pasal New World Order yg tertulis pada matawang kertas amerika skarang nih. Memang menarik. Disebabkan ceramah ni pada malamnya, saya,fadzil,zainal n hizwan tido lewat membincangkan sedikit sebanyak pasal yahudi, freemasons n illuminati. Asalnye ceritanya bermula selepas kami habis bercerita pasal hantu. Haha, bez gak bile pegi kem wat keluar citer hantu. Sampaikan bile nak pegi tandas pon, empat2 orang sekali pergi.

Sepanjang 5 hari tu saya dimasukkan dalam group 1 dan kami mempunyai seorang fec. Bila berada dalam LDK nilah saya betul2 mengalami tekanan jiwa. Saya sebenarnya tidak pandai sangat kalau nak bercakap terutamanya dengan org yg lebih tua dari saya, so sepanjang LDK saya juz dok diam je, sesekali mencelah. Saya ingat nak dengar je ape yg dye cakap n wat muka setuju, kalau bosan tido je. Tapi masalahnye sy langsung x dpt tido sepanjang LDK. Tanpa disedari saya cuba bertindak seperti pembangkang menyebabkan fec tu menjadikan saya target utk dibedil sehinggakan kawan2 saya juga perasan. Fec saya itu jurusan psikology, mungkin ble dye melihat muka sy yg x berapa puas hati dgn ape yg dye cakap, so dye anggap saya pembangkang. Sy setuju dgn sesetengah yg dicakap, namun x semuanya. Serius, selama 5 hari saya fake kan muka saya dalam sesetengah hal yg sy x setuju.

Antara benda yg sy x puas hati ialah, cara dye merendah-rendahkan pembangkang seperti kami ni para pelajar yang bodoh. Bile sy maksudkan pembangkang sy maksudkan pantai cahaya bulan. Pasal isu pengkafiran. Potongan surat khabar dikeluarkan berkenaan isu itu. Yeah right, like im gonna believe the media. Sebenarnya sangat x logic utk Nik Aziz mengkafirkan UMNO, menyatakan sesape masuk UMNO x masuk syurga. Memang isu ini berlaku, tapi bukan sebagaimana diceritakan di akhbar. Bengong ke. Rasanya dah lama ISA campur tangan kalau pernyataan UMNO kafir dikeluarkan.

Kedua, brainwash. Ya, saya ingatkan benda sebegini xde tapi kat BTN, benda ni adalah secara senyap. Dalam banyak2 LDK tu saya sedar yang kami diasuh utk megikut kata kerajaan tanpa banyak soal. Contoh, kami disuruh melukis gambar rumah impian kat atas whiteboard. Setiap sorang kena buat satu garisan dan disambung oleh orang lain. Ok kami buat dan kami x dapat bentuk sebuah rumah. Kenapa? Bila saya tnya boleh bincang? Terus dijawab “tengok, tiap2 kali kena bincang, kamu buat je, berdikari la sikit”. Ok logiknya nak lukis rumah banyak cara dan tiap2 manusia ada cara sendiri. Bila x bincng cemane nak tau bentuk rumah nak dilukis. Nasib baik sambil2 dye bercakap kami sume da bisik2 bentuk rumah yg nak dilukis. Baru jadi. Bile saya tanya, bentuk 3D boleh? Dijawab “orang suruh lukis garisan rumah, dye nak buat 3D la pulak, ikut je la ape yg saya cakap tadi” . Errr daaa, 3D pon boleh lukis guna garisan gak kot.

Ketiga, dye setuju dengan kenyataan bahawa dalam kerajaan sekarang penuh ngan corruption. Tetapi kenyataan balasnya yg menunjukkan bahawa walaupun orang2 ni corrupt tapi kita sekarang hidup atas duit sape? Duit kerajaan….duit mereka yg corrupt ni jugak. Kenyataannya semacam mengatakan bahawa walaupun keadaan yg kotor ni wujud tapi kita sepatutnya tetap menyokong kerajaan kerana disinilah sumber wang yg kita perolehi. Contohnya wang biasiswa. Ya saya setuju kita patut bersyukur dengan pemberian ini. Namun cara penyampaiannya seperti belum cukup, dye seolah-lah menyuruh kita ikut je sume yg disuruh kerana dah banyak wang kita peroleh atas jasa kerajaan. Sepatutnya ditambah lagi,walaupun begitu, corruption seperti ini semestinya perlu dihapuskan. Dan menjadi tanggungjawab generasi baru ini utk menghapuskan keadaan kotor ini.

Kesimpulannya banyak yang ditekankan ialah jangan banyak tanya, ikut je. Keadaan ini sama dengan zaman kegelapan eropah dulu dimana gereja berkuasa. Banyak golongan2 terpelajar dibunuh atas sebab ilmu sains yang ditemui. Pengikut2 tidak diberi peluang utk bertanya, menyebabkan mereka mengikut sahaja agama kristian yg disaluti dengan kepercayaan pagan.

Walaupun disebalik point negative ni, saya percaya masih ade yg positifnya. Sekarang saya lebih mengikuti perkembangan politik. Saya bukanlah pro kerajaan mahupun pembangkang namun saya ingin melihat kesatuan ummah disebalik dua parti utama tanah melayu ini.

Banyak yg dibincangkan,pasal masalah politik yg berlaku sekarang, contohnya di Perak. Saya x rase hanya setakat itu perkara yang berlaku namun saya dapat rasakan hanya setakat itu kami perlu tahu terutamanya pelajar yg bakal ke luar Negara. Ini kerana, pelajar2 ni lah yg akan menyebarkan keadaan Negara ke luar dan semestinya kita x mahu cerita2 buruk sampai ke telinga masyarakat dunia, lebih2 lagi musuh kita yg bersedia utk melaksanakan rencana pecah dan perintah di Malaysia. Saya setuju dengan idea utk mengelakkan masalah Negara digembar-gemburkan di luar namun caranya agak tak betol.

Selain itu, benda penting yg dibincangkan ialah perpaduan. Saya berpendapat, 1 cara utk menjatuhkan Malaysia ialah dengan mewujudkan ketegangan antara kaum. Lepas tu, banyaklah campur tangan dari pihak luar yg kononnya utk meredakan keadaan dan kemudiannya tanpa disedari kita dijajah sekali lagi. Divide and rules.

Itulah yg saya ingin sampaikan, saya setuju dalam kebanyakan hal namun sesetengahnya agak menyakitkan hati.

3 comments:

ruffelly198 said...

fuh, sokong 100%!!!
kitorg pn dh kena brainwash jgk.. ok, pd pndpt sy la kan.. diorg (fesi2) kt sna dh cop yg sape je dr qlate msti pmbgkang..
n then, spnjg kelas diorg asyk point kat kita je.. sgt2 x puas hati!!!
pas tu asyk2 ungkit scholar jpa yg ktorg dpt dr gvornment! taw la..

yup, diorg mmg pndai bc fkiran kita n dat's why awl2 lg kitorg dh dpt warning dr snior agr stuju je ape yg diorg ckp..

ye, mmg x dinafikn ada yg btl tp x yh la kutuk2 pihak lain kn?

urm..

nuruddin azzinkie said...

betol2, lepas dyorg tau kte kelantan terus jadi sasaran...pastu banyak gle memburukkan kelantan...memang saje je wat org panas

ruffelly198 said...

hak3 agk r..
mmg pns kot tp thn je la.. kn x psl2 trsgkut BTN huhu